Thursday, December 31, 2015

PENDAKIAN SRM UITM JOHOR KE GUNUNG LEDANG,JOHOR

Assalamualaikum ..
 
Entri kali ini cerita pendakian ke Gunung Ledang bulan 27 & 28 Ogos 2015 sempena Hari Kemerdekaan.
 
Sekitariat Rakan Muda (SRM) UiTM Johor bertolak ke Gunung Ledang petang 27 Ogos. Habis presentation VIVA , terus menuju ke bas UiTM .
 
Ini lah Huda , junior merangkap sahabat merangkap adik merangkap penyemangat saya. Sebelum menuju ke bas.
 
Bersama junior-junior UiTM Segamat semasa taklimat sebelum memulakan pendakian. Disini kami diminta untuk membuat kiraan barang2 yang dibawa dan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta perempuan lagi ramai daripada lelaki .
 
 

Separuh pendakian , sebelum sampai ke checkpoint 4 , dimana kami akan berkhemah dan bermalam disitu sebelum melanjutkan perjalanan ke puncak pagi esok nya.
 
 

Baru sampai checkpoint 1 , tapi masing2 dah semput . HEHEHE.
 
Kami sampai di checkpoint 4 pada jam 8 malam lebih. Kami mula memasang khemah, dan membahagikan tugasan serta menunaikan solat. Tempat perkhemahan kami berdekatan dengan sungai. Dapatlah membuat apa yang patut disitu.
 
Sepatutnya kami menyambung perjalanan pada jam 2.30 pagi tetapi disebabkan factor cuaca, kami meneruskan perjalanan ke puncak pada jam 4 pagi. Perjalanan diawal pagi yang gelap dan agak licin membuat kami harus extra berhati-hati. Kami di guide oleh 4 orang guide pendakian yg diketuai oleh Abang Moi. Berjalan dengan lampu suluh sambil berpaut pada pohon2 agar tidak tergelincir bukan lah hal yang mudah apatah lagi kebanyakan antara kami bukan lah 'hikers' sejati. Kami tiba di puncak lebih kurang jam 9 pagi.
 

TADAAA !!! 1276m @ 4186 kaki dari aras laut telah kami jejaki!
ALHAMDULILLAH .

Pemandangan dari puncak GUNUNG LEDANG @ MOUNT OPHIR .

Ini lah antara orang orang kuat SRM, (maaf saya bukan orang kuat SRM).

YEAHHH !! ini lah para peserta UITM SEGAMAT yang telah Berjaya sampai ke puncak. Baru puncak , belum turun lagi.

Indah kan ciptaan ALLAH ?? Pendakian bukan semata mendaki . Tapi melatih diri untuk sabar , usaha, tawakal, serah segala pada ALLAH SWT , cinta alam ciptaan DIA, menikmati alam semulajadi tanpa pencemaran dan macam macam lagi. Depends pada diri masing masing .
 

Ini lah Kak Raby & Tuan Haji yang sentiasa tak pernah letih merawat pelajar2 seperti saya. Sekarang saya dah habis diploma, tak dapat jumpa mereka. Mereka pun turut serta mendaki tau !
 

Jangan jadikan sakit alasan untuk tidak aktif. Selagi Allah izinkan , kita gunakan nikmat untuk hargai ciptaan Tuhan . :)

Perjalanan turun kembali ke basecamp bermula. Turun dari puncak ternyata bukan lah hal yang mudah. Banyak tangga2 , curam .. turun pakai tali pun ada. Siapa yang gayat , fikir ulang kali ok.
Tapi , pendakian ke Gunung Ledang ni penuh memori dan kenangan. Ketinggian mungkin tak seperti gunung lain tapi cabaran dia sangat extreme. Ada KFC (Killers For Climbers) lagi haa. Siapa cintakan cabaran DIGALAKKAN untuk pendakian ini. AMAT SANGAT! Rugi tak cuba!
 
Geng SRM kami siap ada balik UITM berpapah lagi , injured semasa turun gunung. Tapi itulah pengalaman. Macam tu juga lah kehidupan kita. Tak selamanya hidup itu indah , dan tak selamanya kita susah. Allah dah tentukan segalanya indah pada waktunya . PERCAYA LAH!
 
Yang berminat untuk pendakian ke Gunung Ledang , sekarang ni sedang ditutup , akan dibuka kembali bulan Januari 2016 atau Feb 2016. Info lebih lanjut boleh search MOI ADVENTURE di FACEBOOK.

No comments:

Post a Comment