Tuesday, February 12, 2013

Perkhemahan BPC UITM Johor di Kluang

Hello readers. :)
Lama tak update blog yang telah berhabuk ni. Sebenarnya dah selalu planning nak berblog , ending on twitter je mampu. AHAKS!
Okay untuk entri kali ini , Audy nak story keseronokan camping kat Gunung Lambak,Kluang,Johor. Kami gerak dari UITM pukul 3pm rasanya. Then sampai Kluang malam , sebab hujan+jalani jammed+byk stopby+musim raya tahun baru cina. Sampai sudah di Gunung Lambak Resort , kami buat group masing-masing untuk bina khemah. Fuh ! Khemah Audy ada 5 orang . Terbaik !! 
First day , just ada malam Latihan Dalam Kumpulan(LDK). My group name is 5G1H means 5 girls,1hero . Nama nak kasi gempak je kan? Then dah settle semua , malam tu kami ditugaskan untuk jaga malam bergilir2 mengikut kumpulan. Audy kumpulan 3, menjaga dari pukul 3pagi hingga ke Subuh. Oh ya, hp wajib diserahkan kepada komander.

Second day bermula dengan Solat subuh , Senam pagi . Then kami pun ada aktiviti Paintball . Alhamdulillah meskipun perut tertembak, dan memberi kesan lebam , tapi group saya menang , kau ado? hehehe. Then malam ada malam kebudayaan yg simple bertemakan "P.Ramlee" , so group kami bawalah cerita Labu-Labi.  Lepas habis malam kebudayaan , kami disuruh tidur . Pukul 1 pagi , kami dibangunkan untuk aktiviti  'nightwalk' dengan keadaan mamai. Funny sebenarnya tengok semua ni. Sampai ada yang cium tiang ! Eton,eton.

Hari ketiga , dimana hari untuk mendaki gunung ! Weheee !! Sarapan dulu , dan kami dibekalkan makanan utk makan diatas gunung nanti. Huhaa , bismillah ! 
Ha , gambar diatas menunjukkan kami masih berusaha tersenyum walaupun penat mendaki , baru separuh jalan kot ! Jangan menyerah . Kami sendiri taak pasti berapa jam berjalan kami mendaki gunung Lambak. Its not first time masuk hutan for me , but first time mendaki gunung . Lepas dapat ambil nafas kejap .

Finally !! We've reached the TOP !! Kemuncak Gunung Lambak yang tingginya 510meter dari aras laut (kata guider yang bawa kami naik gunung).
Ini lah wajah saya baru sampai , penat penat .

Time sapu ubat counterpain kat kaki lah si Shieda nak snap kenangan ni , ha , ni promosi2 , utk melegakan sakit2 anda :)
Sempat lagi snap, dengan combination with Habibah kat belakang tu . Habibah terbaik !
Ini lah wajah-wajah Komander UITM yang mengiringi kami untuk perkhemahan BPC a.k.a Badan Pertolongan Cemas 2013. Nampak tak semangat membara-bara tuh ? heee =D Sampai Mantan Komander pun turut serta tau, gempak tak gempak ?

                              
Background Gunung Lambak , segar .. dingin .. nyaman sangat ! Memang best . 
Yes , inilah wajah-wajah ahli Badan Pertolongan Cemas yang menyertai Perkhemahan kali ini . Sangat lah best . Disinilah kami mengenali diri masing-masing . 
Ni saat kami menuruni gunung , ada yang terjatuh , terseliuh , terpeleset. Haih , macam-macam. Tapi atas semangat untuk balik ke UITM dan kembali ke rumah , kami semua tak kisah sakit tu. Ewahhh !! Setelah hampir 1jam lebih menuruni cerun-cerun licin , kami sampai dengan selamat di tapak perkhemahan kami. Kemas khemah , majlis penutupan dan BALIKKKK !!!