Assalamualaikum.
Dah habis bertempur dengan final exam , kami (geng geng PMDS) bercuti sakan di PULAU LANGKAWI.
20/10/2015 , lebih kurang jam 9.30 malam kami memulakan perjalanan dari UITM SEGAMAT menuju ke JETI KUALA PERLIS untuk ke Pulau Langkawi.
Sampai di Jeti Kuala Perlis , kami di guide oleh Abang Afiq , dari Bahtera Kembara Holidays.
Sampai Jeti Pulau Langkawi , kami bergambar di dataran Helang . Setelah itu kami menaiki bas menuju ke tempat sarapan pagi.
Kami bersama Abang Afiq dan Umi nya bersarapan pagi . Setelah itu , kami singgah di surau untuk menyalin pakaian sebelum aktiviti ISLAND HOPPING.
Yeahh!! Bot Island Hopping, dapat abang bot yang sama macam trip ke langkawi dulu. Abang Drift .
Even trip kali ni ditemani jerebu , still kami enjoy.
Geng PMDS di Tasik Dayang Bunting. Banyak kemajuan dah tasik ni. Untuk pasangan yang telah bernikah dan ingin mempunyai anak tapi belum rezeki, katanya boleh lah mandi di tasik ni. IN SHA ALLAH. Jangan percaya sangat ye. Oh ya , tolong lah pakai life jacket demi keselamatan diri sendiri.Tasik ni hakisan semulajadi bukan buatan yee.
Di tasik ni , boleh berkayak , boleh berenang, diving pun boleh . Macam macam boleh buat. Tapi semua perlukan bayaran ye .
Seterusnya kami ke Pantai Beras Basah. Boleh lah bermandi manda , main pasir apa saja lah.
Island Hopping kami pun pergi ke tempat dimana boleh bagi makan burung helang . Seronok sangat!
makanan helang disediakan oleh abang abang bot tu , jangan risau ..
Hari kedua kami , ke Telaga Habour Park. Ada kapal layar yang bersejarah untuk Malaysia disini. Siapa2 yang ke Langkawi boleh la singgah ambil gambar kenangan disini. Untuk photoshoot pun lawa.
Seterusnya kami ke Cable Car Langkawi . Disebabkan jerebu melanda , tak dapat lah saya share kan pemandangan indah sebenar dari cable car.
GAYAT JANGAN PANDANG BAWAH !!! Nikmati saja keindahan yang ada. relax and calm down.
Sky Bridge Langkawi dah siap rupanya. Berpeluang juga diri ini melangkah Bridge ni. Bahagia tak terkata.
Pada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke pulau2 tak kisah lah pulau langkawi ke pulau perhentian dan lain lain boleh lah roger roger Abang Afiq di facebook BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS ataupun whatsapp je 019-4151375 (Afiq Iqbal) . Dia trusted agent , nak ke Singapore , Indonesia pun boleh. Tak lama lagi trip to Australia pun akan dibuka. Tak silap pakej UMRAH pun ada. Boleh lah contact dia ye.
Sekian.